FTKPM - Official Portal

Pengenalan EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

EKSA juga telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dalam masa yang sama, imej korporat dapat dikekalkan. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. Secara langsung, kos operasi dapat dijimatkan. Pelaksanaan EKSA secara continuity adalah satu asbab merubah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih berkualiti kerana adanya elemen kreativiti dan innovasi di dalam pekerjaan serta kewujudan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatanone-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

OBJEKTIF EKSA

  • Mengamalkan semangat kerja berpasukan melibatkan semua warga UMP secara langsung dalam aktiviti EKSA seperti gotong-royong, pertandingan dan lawatan sepanjang tahun
  • Mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja kondusif yang sentiasa bersih dari sampah, habuk, minyak dan kotoran serta bau
  • Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran di pejabat, fasiliti serta peralatan yang disediakan

DASAR EKSA

Warga UMP secara muafakat dan berdisiplin akan sentiasa mengamalkan EKSA secara berpasukan demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan warga UMP sentiasa berinovasi bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

LOGO EKSA

Logo eksa UMP

KeteranganLogoEKSA

SLOGAN EKSA

“Budaya Kerja Cemerlang Melalui EKSA”

LOCATION


Coordinate: 3.5391771, 103.4329064

CONTACT US

Faculty of Manufacturing & Mechatronic Engineering Technology (FTKPM)
College of Engineering Technology
Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur

Tel: +609 424 5800
Fax: +609 424 5888
Email: fkp@ump.edu.my

UMP Helpdesk